Pernahkah terfikir bagaimana keluarga anda akan menguruskan kewangan mereka andai kata terjadi sesuatu tragedi? Dapatkah mereka mengharunginya sendiri?

Dengan perancangan awal, anda mampu melindungi mereka daripada penderitaan. Hanya dengan menamakan ahli keluarga anda sebagai penama simpanan KWSP, ia akan memberikan satu perlindungan kewangan kepada mereka, sekiranya kematian terjadi secara tiba-tiba.

Nasib keluarga berada dalam tangan anda. Sekiranya anda berusia 18 tahun dan ke atas, lengkapkan Borang Penamaan KWSP 4 dan serahkannya ke cawangan KWSP yang terdekat. Borang boleh diperoleh di mana-mana cawangan KWSP atau dimuat turun dari laman web myEPF. Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila refer di sini.


Berkuatkuasa 25 Oktober 2010 (Isnin), bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) boleh dibuat di mana-mana cawangan ejen bank PBB yang berhampiran. Pelantikan ini melengkapkan kemudahan pembayaran SP1M di kesemua cawangan ejen bank iaitu RHB, MBB, BSN dan PBB.
Ahli yang ingin membuat pembayaran SP1M di kaunter ejen bank, perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pencarum SP1M di mana-mana kaunter KWSP yang berhampiran.
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini, sila hubungi:

  1. Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
  2. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-8922 6000
  3. Maklumbalas Pelanggan: Enquiry




Artikel ini sesuai bagi mereka yang sukar untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan duit setiap bulan.
Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat pinjaman peribadi dan gunakannya untuk membeli emas. Setidak-tidaknya anda perlu membayar ansuran pinjaman tersebut pada setiap bulan. Umpama anda di ‘paksa’ untuk menyimpan. Tapi, kena ingat…gunakan loan tersebut untuk membeli emas dan bukannya membeli benda-benda lain..
Kenapa emas?
Kalo kita kaji harga emas pada 10 tahun yang lepas, secara purata harganya tidak pernah jatuh. Sekiranya dulu, harga emas boleh didapati dengan hanya RM 80 segram tetapi kini harga emas telah mencecah RM180 segram. Apa yang kita boleh simpul di sini ialah, harga emas sentiasa akan naik untuk jangka masa panjang.

Dengan kaedah ini, secara tidak langsung tanpa anda sedari anda telah menyimpan secara ‘paksa’.
Apa yang perlu dibuat?

1. Buat pinjaman peribadi sebanyak RM10,000 dengan kadar ansuran bulanan sebanyak lebih kurang RM80(rate pada waktu ini adalah 4.3%). (Kiranya macam anda menabung RM 80 sebulan la..)
2. Gunakan duit tersebut untuk membeli emas fizikal.
3. Simpan dan tunggu sehingga harga emas boleh memberi pulangan kepada anda atau simpan sahaja sehingga anda selesai membayar hutang pinjaman(20 tahun). (Setidak-tidaknya ianya boleh dijadikan pelaburan untuk hari tua nanti).

Kenapa emas fizikal?
Emas fizikal ni ada kelebihannya berbanding simpanan pelaburan emas yang menggunakan buku. Anda boleh menggunakan emas tersebut untuk urusan pajak gadai sekiranya memerlukan wang.Kena ingat, emas buku tidak boleh digadai, cuma emas fizikal sahaja.

Emas fizikal juga boleh digunakan untuk melipatgandakan lagi emas yang anda ada.Ha..yang ni anda perlu belajar pada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam urusan pajak gadai emas fizikal ini.
Kelamahannya pula, kalo tak jaga betul2 emas ni boleh hilang la..Tapi, itu normallah, risiko ada di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Yang penting, kena pandailah jaga diri ye..:)

Artikel ini hanya sekadar pandangan penulis. Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang dialami.