Drive - 2011 (Action)

1 comments:

Post a Comment

Tips Irfan Khairi - Simpan 10% untuk diri sendiri


Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10% daripada pendapatan kita. Konsep “Pay yourself first!”
Adakah anda melakukan ini?
Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.
Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!
Jadi bagaimana?
Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh? :)
Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%… 4%… berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.
Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2 tanggungan hidup :)
Irfan Khairi Blog 

0 comments:

Post a Comment

Tips Irfan Khairi - Beli kereta guna duit orang…


Satu konsep yang baik yang dipelajari dari buku Rich Dad Poor Dad adalah menggunakan wang orang lain (Other People’s Money).
Konsepnya begini…
Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda tidak beli kereta menggunakan duit sendiri. Tetapi, anda beli katakan 2 buah unit kondo menggunakan duit bank (sudah tentu ada sedikit downpayment, ubah suaian kondo, basic furnitures etc…)
2 unit kondo tersebut sewakan dengan keuntungan RM500 satu. In total, dapatlah RM1,000 daripada duit sewa…
Dari wang tersebut, baru anda beli kereta pada harga RM100,000… dan bayaran bulanan duit kereta itu adalah daripada pendapatan 2 unit kondo RM1,000 setiap bulan.
Cara ini amat menarik oleh kerana, orang lain yang membayar kereta baru anda- other people’s money! Anda bukan sahaja dapat kereta baru free (orang bayar), malah, anda dapat 2 unit kondo lagi tu…
Saya juga menggunakan cara ini ;)

0 comments:

Post a Comment

Tips Irfan Khairi - Duit sen vs duit kertas


Sebab sibuk, tak sedar lak dah lama tak letakkan tip kewangan daripada “Wanita & Wang” di Astro Awani! Macam mana lah boleh terlepas pandang :) …
Tip Kewangan dari WW (walaupun hari ni bukan hari Khamis), khas untuk anda yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takde duit yang dijimatkan.
Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…
Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…
50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.
Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…
Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi :)
Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.
Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASB ;)
ps: Tip ni saya beri ketika episod “Bujang Tak Berduit”. Khas untuk anda yang bujang trang-tang-tang & sedang berjimat untuk berkahwin! :)

0 comments:

Post a Comment

Sumbangan Kewangan Untuk Membesarkan Masjid Putra, Taman SBJ


Gambar di bawah merupakan pintu masuk ke Masjid Putra. Bahagian yang sedang dalam pembinaan adalah di bahagian hadapan yang melibatkan pembinaan 2 menara yang menelan kos lebih kurang RM100Ribu lagi. Kepada para dermawan yang berhajat untuk memberi sumbangan, bolehlah berbuat demikian samada berjumpa dengan phak MAsjid atau melalui akaun Bank Islam Masjid Putra seperti di bawah :

Akaun : Bank Islam
No Akaun : 030-18010111-690
Nama Akaun : Masjid Putra


Semoga sumbagan kita mendapat tempat di sisi Allah S.W.T.

0 comments:

Post a Comment

Cukai prabayar 6%: BN terus peras rakyat

KUALA LUMPUR, 9 Sep: Kerajaan terbukti 'hilang akal' untuk menambah pendapatan negara sehingga bertindak memeras rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar.

Sambil mengajak rakyat menolak cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi, beliau berkata, rakyat mesti memahami bahawa langkah itu sebenarnya adalah langkah kerajaan sendiri dan bukannya langkah syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Pertamanya, syarikat-syarikat telekomunikasi berebut-berebut menawarkan perkhidmatan yang lebih murah kepada pengguna dan agak ironi jika tiba-tiba mereka mahu mengenakan tambahan bayaran sebanyak enam peratus.

"Kedua, sebelum ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tidak mengenakan levi di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 bagi perkhidmatan prabayar mudah alih kerana tidak dikuatkuasakan oleh kerajaan.

"Oleh itu, ia dengan sendirinya bermakna kerajaanlah yang beria-ia mahu menguatkuasakan levi tersebut mulai 15 September ini," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan mengapa kerajaan tergamak menghempaskan beban ke atas rakyat bawahan termasuk yang berpendapatan rendah malah yang tidak berpendapatan yang merupakan majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih.

"Majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih ialah rakyat bawahan termasuk rakyat berpendapatan rendah, orang miskin, remaja tanpa pekerjaan, pelajar sekolah dan mahasiswa.

"Tindakan kerajaan memeras mereka untuk menambahkan pendapatannya tidak boleh diterima sama sekali," kata Mahfuz yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna PAS.

Sebagai kerajaan, katanya lagi, ia sepatutnya memikirkan cara untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya menambahkan lagi beban rakyat terutama rakyat miskin.

Jika kerajaan sudah hilang akal untuk menambahkan pendapatan negara, Mahfuz secara sinis mengesyorkan para pemimpin kerajaan terutama anggota kabinet pergi meminta sedekah di tangga-tangga jejambat dan di mana sekalipun.

"Meminta sedekah tidaklah seburuk memeras rakyat berpendapatan rendah, rakyat miskin dan para pelajar," katanya.

Mahfuz menggesa rakyat menolak sukai tersebut kerana ia sebenarnya adalah muqaddimah kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tindakan merentap subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) jika parti itu memenangi pilihan raya akan datang.



Sumber dari Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment

Pendapatan syarikat telekomunikasi merosot tidak benar


KUALA LUMPUR, 9 Sept: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menangguhkan terlebih dahulu langkah oleh syarikat telekomunikasi yang akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna telefon prabayar.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, syarikat telekomunikasi mendakwa mereka telah menyerap cukai itu sejak ia dikenakan pada 1998 dan disebabkan oleh kemerosotan hasil pendapatan, mereka kini mahu melepaskannya kepada pengguna.
"Untuk mengatakan bahawa pendapatan mereka telah merosot adalah jauh daripada benar," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, pengguna telefon prabayar telah menghadapi pelbagai syarat dan terma yang tidak adil yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi terutama sekali apabila syarikat menelan/merampas baki dalam akaun mereka apabila mereka tidak menambah nilai akaun mereka dalam tempoh yang sah.
Untuk mengekalkan nombor prabayar, ujarnya pelanggan perlu menambah nilai dengan jumlah minimum RM5.00.
Bagaimanapun, kata beliau menambah nilai dengan jumlah RM30 akan memberikan tempoh sah selama 30 hari.
Menurutnya, selepas tamat tempoh 30 hari, pelanggan akan disekat daripada membuat panggilan tetapi panggilan masuk sah untuk 90 hari.
Pelanggan, ujarnya boleh mengaktifkan talian dengan menambah nilai bila-bila masa dalam tempoh 90 hari.
Beliau berkata, jika talian tidak ditambah nilai dalam tempoh 90 hari talian akan dibatalkan dan baki kredit yang masih ada akan dirampas dan tiada bayaran semula diberikan.
Contohnya, kata beliau jika pengguna prabayar mempunyai talian yang bakinya RM100 tetapi tempoh sahnya telah tamat, syarikat telekomunikasi akan merampas baki yang ada.
“Adakah ini sah di sisi undang-undang?
“Jika ianya sah, di bawah undang-undang dan peraturan apakah syarikat ini dibenarkan untuk merampas baki yang ada,” ujarnya.
Menurutnya, negara seperti England telah menghentikan pengendali telekomunikasi daripada menggunakan amalan ini.
Seharusnya, tambah beliau terdapat sistem di mana nombor perlu mempunyai kesahan sepanjang masa dan bila-bila masa pelanggan yang mahu mengaktifkan talian (malah selepas tempoh tamat) hanya perlu menambah nilai talian dan perlu diaktifkan.
Contohnya, ujar beliau ahli perniagaan asing yang datang ke Malaysia, katakan tiga atau empat kali setahun dan memerlukan nombor telefon tempatan tetapi tidak mahukan talian pascabayar yang dikenakan caj bulanan kira-kira RM30 perlu untuk mendapatkan talian prabayar yang mempunyai kesahan sepanjang masa tetapi dengan tempoh tamat selaras dengan jumlah tambah nilai pelanggan.
Ujarnya, apabila mereka kembali semula ke Malaysia dan kesahannya telah tamat, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menambah nilai talian dan perkhidmatannya boleh disambung semula daripada talian menjadi tidak sah dan terpaksa mendapatkan talian baru serta memulakannya semula.
Pengguna, katanya mungkin tidak menyedari bahawa pengguna prabayar dan pascabayar dikenakan bayaran bagi panggilan yang tidak dijawab atau bagi panggilan yang dialihkan ke kotak mel suara.
Caj yang dikenakan pada masa ini ialah 10 sen.
Pengguna sebenarnya, kata beliau boleh mendapatkan semula bayaran daripada pengendali telekomunikasi bagi caj yang dikenakan sekiranya mereka boleh menyerahkan penyata sebagai bukti.
Bagaimanapun dalam kes pengguna prabayar, penyata tidak disediakan melainkan pengguna meminta untuk mendapatkan penyata itu.
“Memandangkan kepada hakikat bahawa terdapat beberapa juta pengguna dan beberapa juta panggilan yang dibuat, pengendali telekomunikasi boleh mengaut sejumlah besar setiap bulan daripada caj yang dikenakan ini.
“Ini jelas satu pencatutan dan tindakan perlu diambil terhadap syarikat ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya CAP menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menangguhkan terlebih dahulu setiap usaha yang dibuat oleh pengendali telekomunikasi daripada pengenakan cukai perkhidmatan ini dan sebagai ganti menangani semua kekurangan dan terma yang tidak adil yang dikenakan terhadap pengguna telefon bimbit.
Sumber dari Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment

My Proton Makeover

Ini dia pemilik proton yang pertama layak untuk pakej untuk makeover dari pihak Proton, saudara Fadly Hisam Roplay bersama kereta Proton Saga miliknya.



Ni plak adalah proses-proses makeover yang telah dijalankan sehingga ke hari ini. Gambar-gambar ini telah di ambil daripada Facebook Proton




0 comments:

Post a Comment

Ramai bantah cukai 6 peratus



KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.

“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.

Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.

“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.

“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.
“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya.
Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.

“Pengguna menggunakan kad prabayar kerana mereka tidak merasa beban berbanding menggunakan talian yang kadang-kala mencecah ratusan ringgit apabila membuat pembayaran.

“Malahan, ada kad prabayaran yang boleh ditambah nilai dengan hanya RM5 tetapi jika mereka kenakan cukai, ia dilihat seperti membuli pengguna dan ia tidak patut berlaku,” katanya.

Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Cukai perkhidmatan 6% tambah nilai, kad SIM



KUALA LUMPUR 8 Sept. - Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini.

Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini.

Para pengguna juga boleh merujuk di laman sesawang telekomunikasi untuk maklumat lanjut atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan.

Cukai perkhidmatan itu adalah cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sebelum ini, syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai itu dalam perkhidmatan prabayar mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 1998.

Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

0 comments:

Post a Comment

Info Lokasi - Pejabat Matikan Setem Hasil

Hentian Bas Kajang
Jalan Reko


0 comments:

Post a Comment

Cara Mudah Mencari Muka Surat Setiap Juzuk Al-Quran


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada dua benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yang hendak dikongsikan di sini adalah cara untuk mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Marilah kita berkongsi bersama kaum keluarga dan rakan-rakan yang lain...


Sumber : http://www.mialiana.com

0 comments:

Post a Comment

Filem Terbaru KRU Studio - Cinta Kura-Kura


0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Prestasi Ramadhan Tahun Ini?


Renung-renungkan dan selamat beramal.

0 comments:

Post a Comment