Apakah ertinya bebas kewangan?

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewangan... atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)
 
Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?
 
Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.
 
Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.
  • Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
  • Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
  • Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan
Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!
 
Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!
 
Irfan Khairi

0 comments:

Post a Comment

Langkah Penting Memulakan Perniagaan!

Langkah pertama dalam perniagaan adalah  mesti-mesti dan mesti jalankan penyelidikan! (market research)
 
Apabila memulakan apa jua jenis perniagaan ataupun mencipta produk atau perkhidmatan untuk dijual, langkah pertama saya adalah menjalankan penyelidikan. Soalan yang paling penting saya perlu pastikan mendapat jawapan adalah...
 
"Sekiranya saya menjual produk ini, ditempat ini, pada harga ini, ada tak pembeli?"
 
Seringkali saya melihat seseorang memulakan perniagaan tanpa menyelidik pasaran terlebih dahulu. Terus dapatkan apa sahaja produk yang dijumpa, kemudian, terus cuba menjualnya pada satu harga yang ditetapkan sama ada melalui Internet atau bukan Internet. Cara ini adalah SALAH dan saya tidak syorkan.
 
Dan kesilapan yang paling ketara adalah, tidak menjalankan penyelidikan oleh kerana "menganggap" atau "assume" pasaran dan keuntungan akan menyebelahi perniagaan yang didirikan!
 
Penyelidikan pasaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. Saya sering mengambil masa berbulan-bulan untuk penyelidikan perniagaan sebelum memulakan apa sahaja perniagaan.
 
Jangan mulakan perniagaan sekiranya anda tidak menyelidik pasaran anda terlebih dahulu. Menyelidik pasaran adalah aktiviti yang agak membosankan oleh kerana tidak dapat lihat wang masuk! Namun, ianya amat penting untuk jangka masa yang panjang untuk memastikan wang masyuk   
 
*Sekiranya anda ingin ketahui teknik, strategi penting sebelum memulakan perniagaan, sertai open night "Malam Internet dan Media Sosial" pada Khamis ini jam 8malam di Asia eUniversity. Tempat terhad!
 
Irfan Khairi

0 comments:

Post a Comment

RM15,000 adalah pendapatan sederhana!?

Minggu lepas, saya berkesempatan bersama Dato Dr Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai, Chef Li- penulis buku "Jutawan Senyap". Sudah lama saya nak berjumpa Chef Li, minggu lepas, rezeki saya dapat bersamnya dalam program "JUTAWAN! bersama Irfan Khairi"
 
Agak menarik dalam buku Jutawan Senyap, ia menyebut tentang ukuran "kesederhanaan" di Malaysia pada pendapatnya iaitu...
 
Pendapatan antara RM15,000-RM20,000
 
Mungkin tanggapan pertama anda adalah... RM15,000 sederhana? Kalau RM1,500 okay lah jugak! 
 
Cuba fikirkan sejenak.
 
Sekiranya anda menganggap RM2,000 atau RM3,000 sebagai sederhana, tidakkah itu menghadkan kejayaan anda? Sekiranya anda meletakkan RM10,000 atau RM20,000 tidakkah ia akan memberi satu benchmark yang baru untuk anda?
 
Di Malaysia sudah ramai yang berpendapatan lebih dari RM15,000... MEMANG RAMAI! dari golongan koprat, profesional dan juga ahli perniagaan. Lebih ramainya adalah ahli perniagaan!
 
Mulai hari ini, letakkan satu bench mark baru dalam minda anda- anggap bahawa pendapatan sederhana adalah RM15,000 di Malaysia!
 
Sekarang, tidakkan anda rasa anda perlu berusaha lagi? 

Irfan Khairi

0 comments:

Post a Comment