Pelantikan Public Bank Berhad (PBB) sebagai Ejen Kutipan Bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia



Berkuatkuasa 25 Oktober 2010 (Isnin), bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) boleh dibuat di mana-mana cawangan ejen bank PBB yang berhampiran. Pelantikan ini melengkapkan kemudahan pembayaran SP1M di kesemua cawangan ejen bank iaitu RHB, MBB, BSN dan PBB.
Ahli yang ingin membuat pembayaran SP1M di kaunter ejen bank, perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pencarum SP1M di mana-mana kaunter KWSP yang berhampiran.
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini, sila hubungi:

  1. Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
  2. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-8922 6000
  3. Maklumbalas Pelanggan: Enquiry



0 comments:

Post a Comment